Friday, April 1, 2011

Bila Tidur

assalamualaikumm semua :) hari ini aku nak tulis pasal BILA TIDUR.apa kau orang buat sebelum dan semasa tidur?? haa sini aku ada terbaca lah dari sesawang web ini dan jugak lagi satu sesawang

so yang pertama sekali amalan amalan sunat yg boleh kita amalkan

BERSIHKAN TEMPAT TIDUR.
Nabi SAW memberi peringatan agar dibersihkan tempat tidur kita. Ini berdasarkan hadis dari Abu Hurairah dia berkata Nabi SAW bersabda :
” Jika seseorang kalian pergi ke katil tidurnya, hendaklah ia mengibas atau membersihkan katilnya dengan bahagian dalam sarungnya, kerana dia tidak mengetahui apa yang ada di sebalik katilnya. Setelah itu ia berdoa ” Dengan nama-Mu, wahai Rabbku, aku letakkan badanku, dan dengan nama-Mu pua aku bangkit kembali, dan Jika Engkau tahan jiwaku, maka rahmatilah ia. Jika engkau biarkan lepas, maka jagalah ia sebagaimana Engkau menjaga jiwa-jiwa hambaMu yang soleh.”

LETAK TANGAN KANAN DI BAWAH PIPI KANAN KETIKA TIDUR 

Jika hendak baring tidur, banyak caranya. Antaranya yang disunnahkan adalah dengan meletakkan tangan kanan di bawah pipi kanan Ketika Tidur
Imam an-Nasai’e  dengan sanad yang sahih, juga disebut oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad dan dihurai panjang oleh Imam Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fathul Bari meriwayatkan dari al-Barra’  :

” Apabila Nabi SAW hendak tidur malam, beliau meletakkan tangannya yang kanan di bawah pipinya yang kanan lalu berdoa : Ya Allah, lindungilah aku dari azabMu pada hari ketika Engkau membangkitkan hamba-hambaMu”.


TUTUP BEKAS AIR YG TERBUKA DENGAN SEBATANG KAYU

Kita disarankan menutup bekas air yang terbuka. Walaupun dengan sebatang kayu. Ini dijelaskan oleh Imam Muslim bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :

“Tutuplah semua bejana dan ikatlah kantung-kantung penyimpan air. Kerana sesungguhnya, dalam setahun terdapat satu malam (yang saat itu) diturunkan wabak penyakit ke dalam bejana. Tidaklah wabak itu mengenai bejana yang ditutupi atau kantung-kantung penyimpan air yang tidak diikat, melainkan wabak penyakit masuk kedalamnya”

Dalam satu riwayat lagi menerangkan ” Jika tidak mendapatkan sesuatu untuk menutupi bejana kalian, melainkan menggunakan kayu, lalu kamu membaca basmalah, maka lakukanlah.”

Imam Ibnu Qayyim dalam Zaad al-Maad menghuraikan maksud walaupun dengan kayu adalah berkemungkinan jika terdapat binatang yang terjatuh boleh terhalang dengan kayu tersebut dan boleh juga serangga itu berjalan diatas kayu yang diletakkan.


JANGAN TIDUR PAKAI BRA

Saintis Amerika dah discover.sesiapa yang pakai bra lebih dari 12jam,mereka dapat lebih tinggi risiko untuk menghidap penyakit barah payudara atau kata lebih manis,breast cancer.

JANGAN TIDUR PAKAI JAM

Ye aku tau ramai dah biasa tidur pakai jam.lagi lagi budak asrama.sebab senang kan nk tgk nnt.hehe.so,lepas ni if kan,jangan lah bawak tidur jam tu sebab jam boleh mengeluarkan radioaktiviti.walaupun sikit,tapi jika kau orang pakai jam pada waktu yg lama,it might have adverse effects on ur health :)

JANGAN TIDUR DENGAN MAKE UP

Ini lebih lebih lagi bagi perempuan.kulit tu nak jugak bernafas.asyik kena tepek je dengan make up.so if u guys tak remove make up make up tu,kulin susah nk bernafas,lantas anda akan dapat masalah baru.iaini masalah kulit yang berpanjangan.hahaha.so remove ur make up first before you go to bed

JANGAN TIDUR DENGAN HANDPHONE

Oyeahh! ni aku pun buat weh.mmg tak boleh nak di elakkan.kerna untuk sedar ke esokkan harinya,tipun haruslah diletakkan di bawah kepalaa.

tetapiiiiiiiiiiii,,,,sekali lagi aku nak mention,sainstis dah kaje,segala barangan letrik seperti tipun,tv semua lah kan,akan mengeluarkan magnetic wave ataupun gelombang magnet *rasanyelah if dalam malay* bila digunakan.these waves can cause disruptions to our nerve system.so jika anda nak jugak letak lah tipun anda sejauh yang boleh.

and lastly,

JANGAN TIDUR DENGAN SUAMI/ISTERI ORANG LAIN

Sebab?tak baik kan kacau rumah tangga orang lain.jika kau kacau.bermaksud,engkau sudah tempah masalah besar punyaa.dan hidup engkau pasti tidak keruan.haha.



okaylah.dats all for today.makin hari makin ramai la plak yg kutuk islam.Astagfirullah~


CHEERIO
Yana Aziz

No comments:

Post a Comment