Sunday, September 25, 2011

perihal ptptn

Assalamualaikum,hai.


okay sekarang ini jam 1354. Aku baru sahaja selesai dengan submit dokumen PTPTN. Ya rabbi,sumpah lama. And bila tiba lunch hour mereka pegawai-pegawai ptptn semua sekali mahu makan.Saya ulang,SEMUA sekali.Sedangkan masih ramai lagi yang belum selesai.Adelah dalam 400 pelajar lagi.Dan aku bukan apa,masing-masing ada kelas kan. Mungkin mereka boleh bahagikan kepada dua,separuh makan dulu,lagi separuh kemudian.heh.Mungkin itu dapat mempercepatkan lagi.


Mereka gunakan sistem nombor. Okay mungkin mereka fikir itu lagi sistematik. Tetapi,pada pandangan aku, ramai pelajar yang tidak ada semasa nombor mereka dipanggil. Apa kata mereka gunakan sistem, mana kaunter kosong,masuk sahaja. Ataupun kata orang putih, First come first serve. Pulak tu,after lunch mereka nak panggil semua number yang sudah terlepas. Aku punya number tak lepas-lepas lagi ni. Aku rasa tak adil lah kan sebab lama gila tunggu,then sampai masa dia panggil yang terlepas. Itu yang rasa nak burstt~ haha


Lagi lima minit mereka nak tutup kaunter sebab nak melantak, aku dan Jijon nekad pergi dekat kaunter kosong.Actually almost semua kaunter kosong masa tu. Dan setibanya aku dan Jijon dekat kaunter :


Jon : Kak boleh mintak tolong buatkan sekejap tak kak,kami ada kelas pukul 2 
nnt,lagipun saya buatkan bagi pihak kawan saya,ayah dia meninggal semalam
akak PT : ohh okay-okay.cepat *sambil senyum* (akak ni peramah okayy)


satu kaunter ada dua officer.sebelah akak tu ada lelaki lah.


Aku : Salam,encik boleh tolong settlekan sekejap tak encik.saya ada kelas pkul dua.
Lelaki PT : *tanpa pandang aku,dia main tipun*(masih belum pkul satu) Sekarang ni rehat ah dik. 


haihhhh itu buat aku rasa panas.sedangkan rakan sekerja dia tolong je jiijon buat.aku apelagi.tunggu jijon siap ah.tapi aku duduk je depan lelaki tu.buat muke ah apelagi.then 5minit lepas tu lelaki tu kate, haa sinilah cepat. agaknye dah lepas msg awek dia kot.


Sebenarnya,process tu tak makan lebih daripada 10 minit ye.
So,kesimpulannya, dalam hidup ini kenalah pandai membawa diri.kalau kita tunggu sahaja mmg lambat.
Sekian.

No comments:

Post a Comment