Thursday, August 18, 2011

Thai Odyssey (1st episode)

sedar tak sedar lagi beberapa hari lagi aku nak berhenti kerja. Setiap hari aku pasti bawak kamera. Tapi ada saja hal. Contohnya,bateri kamera aku habis, dan juga memory card tertiinggal dekat laptop. Heh. Jadi hari ini, manager aku datang spa. I mean,dia turun spa la. Banyak outlet yang dia jaga. Nama dia Melissa. She's very nice.

Dia okay.bole bagi kerjasama yang memuaskan. Dia buat aku lagi senang. Syukur. Dan bila Melissa jalan pulang ke Kota Metropolitan, aku terfikir. Tak lama lagi aku dah tak kerja. Then aku lihat semua masseur-masseur yang dah macam nenek aku. Diorang semua orang Thailand. Orang Thailand ni lain sedikit. Mereka sangat menjaga adab. Even nak lalu belakang kita pun diorang kata siloo silooo *silo means sorry*

Haha. Banyak benda aku belajar dekat tempat kerja. Macam-macam jenis orang dah aku jumpe. Ada yang baik sangat, ada yang kurang sopan, ada yang gatal, ada yang lawak. Macam-macam lah.

Rakan sekerja. Mereka semua sudah bekeluarga. Dua daripada mereka sudah ada anak. Wendy,Sera and Selvi.Wendy tu single mother. Dia dah seperate dengan ex-husband dia. Dan dia jaga anak dia sorang-sorang. Wendy ni person in charge aku. She's good. Kemas orangnya. Dia tak suka comot-comot. Sera pulak dia baru kawen 2 tahun. Cantik orang dia. Nanti aku tunjuk gambar. And lastly, Selvi. Dia rapat sket dengan aku. Aku suka dengar dia cerita. And sometimes, aku bagi dia advice. As a senior laa katekan. Oh ye btw Selvi pregnant 2nd child. Baru 6weeks. Im shooo excited :D

Hmm. Mesti rasa lain nanti. Sebab sekarang ni, aku banyak luangkan masa aku dengan orang lebih tua daripada usia aku. Jadi topic yang diperbualkan agak berliku. Entah macam mana lah ye nanti bila aku sambung belajar semula.

Kali ini aku tidak mahu rancang siapa roomate aku,siapa itu,siapa ini. Tidak. Aku nak mulakan yang baru.
Tak pe. Nanti bila aku cuti ke ape, aku nak pergi thailand. Dengan masseur aku :)

So untuk hari ini, sedikit gambar yang sempat aku ambil. Esok ada lagi ye. Tadi macam tak sempat sangat.









No comments:

Post a Comment