Showing posts with label UiTM Shalam. Show all posts
Showing posts with label UiTM Shalam. Show all posts

Thursday, June 27, 2013

Anak aku

Hello Hi salam! so finally aku dapat jugak beli bedak Anakku. hehehe. susah weh nak cari. serious. dekat guardian/watson memang takde. giant/mydin pun tiada. yang ada jusco, itu pun nasib lah. or yang pasti ada di kedai anakku. haha. aku pernah jugak cari dekat kedai orang jual barang2 baby, tapi bukan anakku la, hmm memang tiada. :(  bedak ni best, aku selalu pakai masa lepas sembahyang during lunch break. ye lah kan, kelas aku sampai ke petang. muka berminyak mcm apa je.

Aku mintak tolong izzah (my roomate) belikan since aku takde transport. kesian dia, agak payah nak cari bedak ni ye. last-last dia pergi kedai anakku. settle. i just love the smell of baby. haha. suka bau bedak ni sangat. dlu saya pakai baby johnson yg biru tu, then bertuka ke anakku sebab dkt rumah ade satu set skali dgn syampu bagai tu, takde orang guna, haa apelagi ambik leww. 

hehe, try la! saya tiada bedak compact ataupun foundation :) 

Izzah bagi notes, i was not at my room masa tu 

Bukti pembelian dilakukan di kedai Anakku. HAHA!

Botol kecik skali (travel/bw pergi kelas) besar tgh for bilik (dh hbs) hujung skali baru beli (Yay!)


Rahsia saya hanyalah bedak anakku sajewww~ hahaha!
okay, i think that's all for today! I just cannot brain ENT 600. It's just a simple thing but.... sigh. pray for me.




XO,
Yana Melati

Wednesday, June 26, 2013

Bila nak pekse...

Salam Alaik~ hihi bajet minah arab seyh aku. yeah it's been AWHILE . sorry been very busy busy busy lately ni. settlekan fyp, assignments, reports and also tests. 

so many things yang nak buat tapi macam tak sempat. and bila semangat nak buat, suddenly terlajak tidur kerna you tido lewat gila, tapi bangun pagi berkejaran ke kelas untuk test pada study week. can u imagine that? so semalam saya finally dapat bangun lewat, around 10.30 baru bangun, then pergi fac jugak, jumpa supervisor.

so my supervisor sangatlah bagus. yes. she's being very particular and sangat membantu. yelah, better buat corrections now and nnt masa you present nanti insyaAllah you akan dapat jawab cause dah buat berulang kali wa cakap lu. haha!

And I miss my family so much :( nak balik rumah tapi tak boleh, lotsa work to be done before blablablabla~ finals lagi, have to study. but nvm, i have a very great mother. she'll brings home to me. hehe, she'll pay me a visit. thank you ibuuuu dan ayah.

the moment when you got lotsa work to do, but then you just dont know which one and where to start first. sigh. and finally i choose to take a power nap. yeah, very the powerful one hahaha (being sarcastic). kawan-kawan, doakan saya ye agar segalanya dipermudahkan dan dapat dean's list kali ini.

so, i wish goodluck to all my friends yang ada exam. don't be stress, enjoy your study, ikhlaskan hati. then senang nak masuk. insyaAllah. and yeah, trust your self. 

so here's some pictures masa cari pine nuts dekat pd. 






Tuesday, May 21, 2013

Longkang.

hei guys, how're you doing? goooooooood? ahahaha. i shouldn't write new entry because esok ade test, chapter 1-5 subject ENT 600. i haven't cover any of em. dah la kelas macam tak belajar je. jarang ada kelas. haihyaaa. apa mau jawab? ini tadi saya balu sahaja telan itu redbull light ohh. long time no drink aaa. 

okay semalam=21/5/2013 was one of my bestfriend's birthday. Najwa namanya. teman sakai waktu sekolah. curi2 amik dvd and tgk dvd sesama. hahaha. macam2 lah. tapi makin tambah umur, masing-masing makin sibuk. ada hala tuju yang lain-lain. aku punya sebegini, dia punya sebegitu. tapi aku tau, masing-masing rindu. ye rindu. 



tudia gambar2 kami. windu. tu baru gambar yang senonoh. ada lagi aksi-aksi sakai kami. ada banyak koleksi. okay tu cter best2, ni cter lawak. aku tadi jatuh longkang. terjelus dalam longkang. kau orang tau x longkang yg ada penutup besi cm grill tu kan, ada lah gap kecik, boleh plak sbelah kaki aku terjelus dalam tu. mak aiiiii sakit dia tak yah cter. nak nanges segan sbb ramai orang. so gelakk je la. ada ramai kengkawan tolong. tolong angkat sbb aku xleh nk gerak. takut doh nk gerak sbb sakit. HAHAHA. outcome jatuh tu, luka-luka secomel kuku, kuku patah dan terkopak separuh, bengkak2, lebam2. HAHAHAHAHA. sumpah lawak, sebab before that aku main2 buat2 jatuh. haa padan muka, bebetul. at first ingatkan tak bleeding, skali tgk kat slipper, selamat dah menitis-nitis. haha. and now sakit ah. nasib tak patah. longkang tu dalam dia sampai peha aku. muat weh kaki aku. nasib tak patah or rupture. 

rupanya charger takde. it's okay then. takde rezeki :)


xoxo,
Yana Melati

Saturday, May 18, 2013

Sukol sepukol

Hello hai! I just got back from function. ohh tidak, bukan function dinner makan-makan pakai baju lawo-lawo tu. bukan. ni function band. pakai uniform, shakos, kena masuk line, peluh-peluh. hahaha.

it's just a simple one, parade sikit, then just iring kontigen-kontigen lain masuk padang. benda ni dah jadi rutin aku dari sekolah lagi, so aku rasa tarahal lah. hewhew. 

Aku ada satu problem. iaitu  aku tak reti buang angin. haaa. dapat bayangkan tak? maksudnya aku tak reti sendawa kuat-kuat tu. sampai perut aku rasa sakit. so untuk keluarkan angin tu, aku perlu samada sendawa ataupun kentut. so jadi untuk mempercepatkan lagi salah satu prosess tu, aku akan minum setin air berkabonat. haaa. minum cepat-cepat dalam dua tiga teguk sekali. haaa, lepas tu nescaya angin-angin akan keluar. hehe.

situasi selepas function
ya itu belum mandi. kalau function tak sah peluh macam kau basahkan rambut kau. oh neway, every function band yang aku join ni, dapat bayaran. best kan? siap dapat kolej for free lagi. syukur aku dapat peluang macam ni. memey tak lor den nak duduk luar. Senin ni rizqin grad. convo dia sidang petang.


xoxo,
Yana Melati


Friday, May 17, 2013

21


Assalamualaikum semua!

Okay, first of all, dah lama jugak ya aku tidak menulis. ye lama. haha. aku ada rasa nak menulis tu. tapi itulah. hmm. kau orang semua faham kan? hihi. 21. haa 2/5 yang lepas, syukur umur aku lepas 21. aku sangat gembira. rasa disayangi. serius. Kawan-kawan yang bagi wish, bagi hadiah, belanja makan, belikan cake. Ya Allah, tuhan ajelah yang tahu betapa terharunya aku. Terima kasih kawan-kawan. Sebenarnya, aku tidak lah kisah mana. Kalau dapat wish itu pun sudah dapat buat aku kembang2 hidung. especially bila parents aku call, nyanyi lagu happy birthday, bila adik aku weChat, nyanyi lagu birthday and lagu sayang, bila kawan-kawan wish, text. Ya Allah. aku bersyukur kerana dapat kawan-kawan macam kau orang semua. Thanks.

Hidup. hidup ini kadang atas kadang bawah. terkadang juga mendatar. Kau pernah tak rasa bagai kau sudah malas ambil pedulik? tetapi, atas sebab tanggungjawab, kau gigihkan jugak, kau turunkan ego kau. dan last-last, kau layankan aje. 

Sayang. Ye aku sangat sayangkan keluarga aku. Walau apa pun berlaku, family lah yang kau patut rujuk. dalam arti kata lain, dalam reference list tu, family kau letak number satu. Ingat ya, Allah bagi pinjam kita semua ni, hargailah. Allah akan tarik bila-bila masa saja tanpa sebarang petanda, tanpa pengetahuan kita. Allah maha Esa. Dan juga aku sayang akan kawan-kawan aku.

Aku akan rajinkan diri aku update blog ni. Aku janji akan adakan jugak masa itu.




Terima kasih daun keladi,

Yana Melati

Monday, March 18, 2013

What's in my mind?

Satu. Sekarang ni aku dah part 4. dah start buat final year project. lagi satu sem je kat sini, then practical. then bye-bye! hihi. aku fikir, nanti lepas belajar tu macam mana? hmm. kerja or sambung belajar? kerja cari duit, sambung belaja dapatkan Masters, keja sambil belajar aku dapat dedua. so mana satu?

Dua. last sem bukan rezeki aku nak dpt dean's list. but itu masih lagi impian aku. aku harap this sem adalah rezki tu. I'll work harder for it. doakan aku.

Tiga. aku rasa aku nak do something that can grow my money. haa. sama ada invest, or run a business. since aku belaja bout textile, hmm i was thinking bout making my own designs and try to sell it. You wait for it..... ;-)

Empat. sekarang ni aku cepat sangat rasa rindu dekat family. bagi aku family tu adalah segalanya. walauapa pun, diorg tetap aku dulukan. aku ada belaja satu benda ni, kalau dengan family, jangan berkira. insyaAllah kalau kau ikhlas, Allah akan balas balik dengan perkara yang baik. kalau tak sekarang, nanti dia bagi :) 

Lima. misi aku kali ni masih lagi nak kurus. HAHAHA. nak kurus balik macam part 1 dulu oi. harap-harap berjaya lah. bukan tinggal harapan je.

Enam. aku berdoa agar Allah berikan aku lebih banyak kesabaran. aku admit sometimes, bila aku penat/panas/pening/xde mood, aku akan jadi garang macam singa. 

Tujuh. Siren dah berbunyi. orang itu bagitau malam ni ada perjumpaan amanat bersama pengetua kolej teratai. 

Lapan. gaddddanggggggg. boleh tak kalau tanak pergi?

Sembilan. dia suruh bawak kad aktiviti pelajar sekali. tapi mana aku letak eh?

Sepuluh. Actually dah tak tau nak tulis apa. and kak emma ajak teman amik phone dia. okbye!

Monday, February 4, 2013

The last day of the 3rd sem

Assalamualaikum semua! so yeah, today is the last day of my 3rd sem. next sem dah sem 4, by that time, proposal for fyp kena buat. how fast time flies kan. hmm. lotsa things happen, and of course lotsa things i've learnt! haha. my 3rd sem was very hectic. busy gila dengan study and also band. haa, can u imagine, lagi 2 minggu nk final, ade competition? but then, alhamdulillahh i managed to habiskan semuanya! yay me! haha. tapi masa tu memang cukup2 untuk siapkan kerja, assignment and rest sorry to my family, jarang balik. and sorry to special person, jarang gila kelua sama.

result kelua 15hb ni, cuak baq hang. haha! hopefully semuanya ok. Ya Allah ya tuhanku, kau lulus kan lah kesemua kawan-kawan ku. senangkan lah urusan mereka. ameen! cant wait to be at home but, so malas nk kemas barang and balik. nak terus sampai rumah je. boleh tak gitu? HAHA.

ahha, pasal band.. next sem, im gonna be the section leader and also biro uniform. ecehhh gituu. hopefully i can commit la dengan jawatan tu semua :D jawatan ni sama dengan jawatan masa dekat STF dulu i tell ya! im shooo glad. i hope the bandmates will unite, and no kutuk2 orang, no dendam dendam, no batu api, no everything. yes i know mesti ada salah faham, but at least try to avoid it, and confront it. make it clear as crystal.

to be frank i quite shocked with what had happened. haha. for me, a leader is the a leader. no matter how harsh he/she is, they still a leader. even though aku memang dah ada basic dari sekolah lagi, but then, i still dengar apa section leader dlu cakap. yes, sometimes tu rasa diri kita nak je betul, but bila difikirkan semula, he/she is my leader.

terkadang aku pun terasa nak betul je. tapi... fikir balik. fikir semula. and setiap perbuatan seseorang tu mesti ada sebab. jangan main assume je, and terus mengata belakang without tanya orang tu sendiri :) boleh kata aku dah lali dengan benda ni dari sekolah lagi. haha. so now, aku just jadi observer sahaja. i dont like this kind of environment. negative. 

Kesimpulannya, kalau orang buat salah, give 'em time. someday nanti, diorang sure akan mintak maaf :) kalau orang tanak maafkan takpe. oneday nanti sure dia akan sedar. Ingat, what you give you get back, and action speaks lauder than words. jangan banyak sembang. 

now it's 12.44PM. lepas zuhur nak gerak balik somban. seriously, i feel sad a lil bit. haha. 




xoxo,
YM

Sunday, January 6, 2013

Welcome Twenty Thirteen!

Hello hai semuaa! It's been a long time. ahha, lama dah aku tak buat new blog entry. heh. tak tau lah ade org membacanya ataupun idok. so yeah, habis sudah 2012, menyusul pula 2013. ecehh. so apa korang punya azam?

macam-macam jadi masa 2012. Well, semua tu aku kutip buat pengajaran, belajar dari kesilapan. hmm bosan la cter pasal benda dah lepas, Jadi, 2013 ni aku da nak masuk part 4, now ni tengah exam week, baru lepas selai paper. ade lagi 5 baq hang.

azam aku tahun ni, aku nak jadi better, buat ibu ayah bangga, rajin, berjimat, solat tak tinggal, study tu tingkatkan lagi, and the most important thing is nak KURUS. ye aku sekarang ni dah gemok. ermm takde ah gemik mana *ayat penyedap* HAHA, just that berisi and tak fit. faham tak? :P

cer tengok ni  dari berisi ke kerus ke berisi balik,


Zaman sekolah *STF*
Zaman Asasi *with B*
Asasi jugaks
Then lepas tu lepas habis asasi, ade cuti 6 bulan. sementara menunggu dapat offer degree. aku pun kerja. haha. masa kerja kurus. tak tau kenapa. and aku potong rambut. for the very first time yaw~







Best tau keje kt situ. gaji dia masyukkkk (Y) hehe, if ade kesempatan, aku nk try part time body shop plaks :P so lepas tu aku dapat offer UiTM for degree. resign, then sambung belaja. betul la cakap orang-orang, bila dah kerja, dah ada duit sendiri, memang sedap, susah nak lepaskan lagi2 gaji best. but nvm, dengan degree yang aku ada lah akan buatkan gaji aku lagi masyuk. ye dok?







haa nampakk dak? masa ni body maintain je... hmm now? :P 


Dinner 201* tak igt -.-

Having Mousang King *wida blanje*

Jijon and I =)

Paso Payang, Kole Ganu

K ni tak pasal aku nak berdiri :P


So nampak tak? haaa. risau gila oh bila perut dah macam ni :( ade tips untuk kuruskan badan tak? lagi-lagi musim exam ni. sebabnya stay up late, study, then lapo. bila lapo, makan. hmmm.. How? xpe, aku akan dptkan berat   48kg tu smula. jyeah!

okaylah, doakan aku dan kawan2 aku yang amik exam berjaya ye. It's time for me to hit the notes! study timeee. lusa aku exam. bye! chalp bete~



Yana Melati
(1.32am)

Tuesday, July 17, 2012

outta topic!


Hello hi semua, hmm now it's 0354hours, and i'm not sleeping yet. why? sebab saya sudah tidur di siang hariiiii. Alhamdulillah exam semua sudah habis seminggu yang lalu, and clearance pun telah dibuat. semuanya lancar ye. hmm let's talk about exam okay?

this sem aku ada 4 paper je. gap dia pun not bad laa panjang :D overall it was okay. serious punya okay. aku ada confident la =) so just nantikan ajelah result yang bakal keluar nanti.

Now, aku dekat kolej. budak-budak degree uitm yang lain semua dah start cuti. haha. aku ade program OPKIM. program ni ala-ala anak angkat laa dekat Melaka. Kampung Bukit Pulau namanya. hihi.So this is my first time yaw~ very the nebes yu know. and yeah, aku biro program. yes, trust me. HAHA.

my life is getting better and better. Alhamdulillah. but sometimes, ombak tu datang jugak. ade jugak masalah. but nevermind, Allah nak uji kita. Well, someone that i love told me that "What doesn't kill you, make you stronger". so, stay strong yana! haha

Im gonna miss my roomates, especially olive :( take care olive, keep in touch ye! agi hidup agi ngelaban!!! be nicee :P HAHAHAHA. 

Well, actually this new entry untuk bercerita bout apa benda yang aku betul-betul minat :) but entry ni panjang dah i guess, so see ya next entry! im gonna write bout what i love, and what i really wanna do.





xoxo,
YM

Sunday, June 17, 2012

Bila Malam..

Hello hai assalamualaikum semua :) Yeah, sabtu lepas dinner Texsas telah berjalan dengan lancar. Alhamdulillah, everything went well eventhough pada awalnya agak hambar dan kelam-kabut. Hari kejadian adalah hari Jemaat. So here we go,

our event management :D

in the making of....


aiman and alby

hampir siap :)


set up stage :)



overall view 


the backdrop and the last 3 minutes

saniy and abg


BOSS is everywhere 


The Last Three Minutes



the invitation card for vip

Thanks a lot to all,
so our event manager is Party Popperz
and also our poster, banner, card designer is Khairul Adzwan


With Love,
Yana Aziz








Friday, June 1, 2012

Some More

ada lagi hokkayy gamba-gambaa. i dont care, nak share jugak dekat blog ni :D facebook makin bosan btw. twitter menjadi normal, tak rare lagi dah. sebabnya dlu sikit je twitter users, now machamm dah ramai. and aku rasa nanti pinterest menjadi trending. huhu. ahha, merepek sudah. jamulah mata dengan gambar2 ni. nak cter banyak benor.